ANUGERAH TOKOH PUSTAKAWAN PPM 2008/09

Semua Ahli Persatuan Pustakawan Malaysia

Y.Bhg. Puan Seri/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

ANUGERAH TOKOH PUSTAKAWAN PPM 2008/09

Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Anugerah Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) telah memilih YBhg Dato’ sebagai penerima Anugerah Tokoh Pustakawan PPM 2008/09.

Majlis penganugerahan Tokoh Pustakawan PPM 2008/09 ini akan dijalankan bersempena dengan Mesyuarat Agung Tahunan PPM 2009 pada 11hb. Mei 2009 (Isnin) bertempat di Auditorium Perpustakaan Negara Malaysia pada jam 9.00 pagi.

YBhg Dato’ telah dicalonkan sebagai calon Malaysia bagi Anugerah “CONSAL Outstanding Librarians Award 2009”. Pemilihan pemenang bagi anugerah ini akan diputuskan sewaktu persidangan CONSAL (Congress of South East Asian Librarians) yang akan berlangsung di Hanoi, Vietnam pada 20-24 April 2009.

Majlis PPM mengucapkan tahniah kepada YBhg Dato’ diatas pengiktirafan ini dan kami doakan semoga berjaya di peringkat CONSAL nanti.